Showing posts with label Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Telemovie. Show all posts

Monday, November 8, 2021

Telemovie Ancak (Astro Citra)



Seorang gadis yang lemah semangat terpaksa berhadapan dengan gangguan mistik yang disebabkan oleh lesung batu pusaka neneknya.

Saksikan telefilem seram 'Ancak' lakonan Siti Saleha akan ditayangkan pada Sabtu, 6 Nov 2021 jam 9 malam di Astro Citra.

JUDUL : ANCAK

WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 November 2021, 9:00 malam
RANGKAIAN : Astro Citra (Citra Exclusive)
PENULIS SKRIP : Nell Hanan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Siti Saleha, Aleza Shadan, Aida Aris, Ameerul Asyraf, Rashdan Baba, Ieka Zulkifli

SINOPSIS ANCAK

Seorang gadis yang lemah semangat terpaksa berhadapan dengan gangguan mistik yang disebabkan oleh lesung batu pusaka neneknya.

Hanis tidak menyedari bunyi yang aneh dari sebuah lesung batu yang digunakan untuk membuat ancak oleh arwah neneknya adalah petanda dia akan mewarisi kepada segala ilmu jahat milik arwah neneknya.

*Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu seperti pulut kuning, ayang panggang, telur rebus dan lain-lain.

Sunday, October 2, 2016

Buku Cinta Abah

Direct Download - Tutorial atas

Mengisahkan Aizad, pengarang di sebuah syarikat penerbitan novel dan kini sedang mencari bahan-bahan baharu untuk dibukukan. Pada suatu hari, dia telah menerima sebuah buku yang ditulis sendiri oleh seorang banduan.


Thursday, September 29, 2016

Batas (TV2)

Direct Download - Tutorial di atas

Setelah melalui kehidupan penjara yang memeritkan, Deraman hanya mahu bertemu dengan anaknya. Deraman pulang ke kampung namun dia dipinggirkan. Deraman membawa diri ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Hamdan dan Doja. Saksikan #Batas, lakonan Ema Manan, Asrul Faizal, Hushari Husin, Pekin Ibrahim, Raysha Rizzrose, Zek Zamree dan Bea Rameshan.


Tuesday, August 9, 2016

Bibah Bebel


Daud dan Jamilah, merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di London, UK. Kedua-dua mereka menyambung pengajian di peringkat PhD di London selama 4 tahun.

Daud dan Jamilah hanya membawa dua orang anak mereka iaitu Arisa (12) dan Danial (11) semasa menetap di London bagi menghabiskan pengajian mereka itu. Daud dan Jamilah terpaksa meninggalkan anak mereka, iaitu Habibah dalam jagaan kedua ibubapa mereka iaitu Pak Mail dan Mak Kiah di kampung.

Habibah atau panggilan manjanya di kampung adalah Bibah. Bibah ditinggalkan dalam jagaan Pak Mail dan Mak Kiah ketika berusia 5 tahun lagi. Dan, setelah 4 tahun menghabiskan pengajian, Daud dan Jamilah kembali semula ke Malaysia.

Daud dan Jamilah memberitahu Pak Mail dan Mak Kiah yang mereka mahu mengambil Bibah semula untuk dijaga oleh mereka. Pak Mail dan Mak Kiah tidak menghalang dan mengizinkan Bibah dibawa pulang oleh Daud dan Jamilah.

Thursday, August 4, 2016

Hati-Hati Yang Bercinta


Hajar, pelajar jurusan perniagaan di Universiti Istanbul. Di sana dia dipertemukan dengan Amzar, seorang pelajar jurusan ekonomi juga di universiti yang sama.

Disebabkan pertemuan pertama yang tidak mengembirakan mereka sering bertelagah apabila bertembung. Amzar datang dari keluarga yang berada dan sentiasa dapat apa yang di ingini daripada ayahnya.

Lain pula ceritanya bagi Hajar dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan dalam masa yang sama dia mempunyai masalah kewangan. Tanpa berfikir panjang Hajar terus menerima bayaran yang di beri Amzar sebagai upah membersihan biliknya setiap hari.

Di Malaysia, Hajar mempunyai seorang adik perempuan Haida, yang sedang menganggur tetapi sekali sekala menolong ibu mereka Puan Maria di restoran milik keluarga. Akibat dari satu tragedi yang tidak diingini, Hajar dan Amzar terpaksa berkahwin tanpa mendapat restu kedua buah keluarga.

Tetapi tanpa mereka sedari Amzar dan Haida sebenarnya sudah mempunyai hubungan rapat sejak dari Malaysia. Apabila Haida mengetahui Hajar berkahwin dengan Amzar dia mula merancang untuk memisahkan mereka dengan bantuan Baharin iaitu lelaki yang sejak dari dulu meminatinya.

Haida sanggup mereka cerita mengatakan kakaknya telah terlanjur bersama Amzar ketika berada di Istanbul sebelum mereka berkahwin. Berjayakan Haida menhancurkan rumah tangga kakaknya semata-mata untuk memuaskan kehendaknya? atau Hajar bahagia bersama Amzar sehingga ke hujung nyawa.

Sunday, July 31, 2016

Baju Berkancing Peniti

Download

Telefilem ini mengisahkan Usup (Datuk Rahim Razali) dan Cik Om (Normah Damanhuri), pasangan yang saling mencintai umpama belangkas yang tidak dapat dipisahkan meskipun sudah mencecah usia 65 tahun, Perasaan cinta mereka tidak pernah pudar. Bagi Usup, Cik Om tetap kelihatan jelita walaupun sudah berusia dan kuat berleter. Cik Om pula pasti akan merindui Usup ketika mereka berjauhan.

Tuesday, June 14, 2016

Calon Syurga (Cerekarama)

Download

ALIFF remaja yang degil tidak mahu dengar cakap ibu dan ayahnya. MAK TOM amat sayangkan ALIFF dan mengikut saja apa kehendaknya semasa kecil hinggalah dia dewasa dan menjadi budak ukur jalan kerana gagal sekolah kerana malas dan berkawan dengan budak budak nakal dan terlibat dalam rempit di kampung itu. MAK TOM menjual nasi lemak dan PAK ABU pulak hanya seorang nelayan kais pagi makan pagi dan tak dapat memberikan yang terbaik untuk ALIFF. Satu hari ALIFF bergaduh dengan ibunya MAK TOM kerna mahukan duit untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya DINA, anak orang berada di kampung itu. MAK TOM jatuh tapi ALIFF tak pedulikan hinggalah malam itu tiba tiba MAK TOM sakit dada dan dia diserang angin ahmar. Separuh dari badannya tidak boleh bergerak . PAK ABU melakukan pelbagai cara untuk mengubati MAK TOM namun gagal. ALIFF pergi ke majlis harijadi DINA dan tidak mahu pulang dan menumpang di rumah kawannya.

Lakonan Shukri Yahaya, Norlia Ramly, Jalil Hamid, Octavia Manrose

Tuesday, June 7, 2016

Ku Haramkan Susu Itu (Skrin Di 9)


Download

Zainab seorang ibu 49 tahun yang alim dan kuat agama. Beliau kematian suami dan mempunyai dua orang anak lelaki bernama Tamar 27 tahun dan Mustaqim 23 tahun. Zainab sangat sedih dan sering bermuram setelah kematian Mustaqim dalam satu tragedi setahun yang lepas. Tinggal lah Tamar yang menemani dan menjaga Zainab di kampung. Tamar adalah seorang anak yang sangat baik, sopan santun, berbudi bahasa, suka ke surau, bersolat, manja dengannya dan rajin tetapi itu hanya di hadapan ibunya sahaja. Dia hanya akan lakukan semua itu hanya apabila beliau pulang ke rumah ibunya di kampung sahaja. Beliau sangat menyayangi ibunya itu hingga sanggup lakukan apa sahaja demi duit untuk ibunya namun tiada siapa mengjangka akan perangai sebenar Tamar mahupun penonton di tv. Pada masa yang sama Zainab yang tak habis2 sering berdoa untuk kebaikan Tamar turut meminati Alisha gadis dari kampung yang cantik dan berbudi pekerti mahu di jodohkan dengan Tamar.

Lakonan Aeril Zafrel, Mia Ahmad, Amyza Aznan, Syazwan Zulkifly, Zarina ZainuddinZarina Zainuddin, Sharisa Haris. Terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Nizam Zakaria.