Ejen Ali: The Movie ialah filem animasi perisik Malaysia 2019. Filem ini mengikuti misi ejen Ali kini yang perlu rungkai misteri teknologi yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada agensinya MATA.
Filem ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation berdasarkan siri animasi Ejen Ali. Filem ini diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin. Ia telah ditayangkan di pawagam pada 28 November 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ali seorang budak lelaki 12 tahun yang telah menjadi ejen rahsia di MATA, iaitu sebuah agensi perisikan rahsia yang melindungi bandar Cyberaya. Semuanya berlaku selepas Ali tidak sengaja mengaktifkan gajet Infinity Retinal Intelligent System atau IRIS. IRIS ini peranti ciptaan MATA yang membolehkan pemakainya lebih berkuasa dalam misi. Ali sahaja yang mampu menguasai IRIS ini kerana ia telah diselaraskan dengan badannya. Jadi Ali pun dilatih sebagai perisik. Bersama dengan pakciknya Bakar dan ejen muda lain, mereka bekerjasama dalam misi MATA.
SINOPSIS EJEN ALI: THE MOVIE
Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat. Bolehkan dia berjaya?PELAKON SUARA
- Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
- Nabilah Rais sebagai Niki
- Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
- Shafiq Isa sebagai Bakar
- Azman Zulkiply sebagai General Rama
- Salina Salmee Mohd Ali sebagai Aliya
- Abu Shafian Abd Hamid sebagai Dato' Othman
- Ahmad Sufian Mazilan sebagai Bobby
- Megat Zahrin Megat Hisham sebagai Fit
- Azuan Wanji Shamsir sebagai Vikram
- Altimet sebagai Andik
- Amir Mustaqim sebagai Surya
- Fadhli Shafian sebagai Abang Bear
LAGU TEMA
"Bukalah Matamu" adalah single pertama yang dikeluarkan daripada album soundtrack rasmi Ejen Ali: The Movie, dikeluarkan di YouTube dan semua platform streaming pada 20 September 2019. Lagu ini memberi mesej kepada mereka yang ada segalanya untuk buka mata dan perbaiki diri mereka sendiri. Dalam filem ini, lirik lagu ini seolah-olah ditujukan kepada Dato' Othman, datuk bandar Cyberaya."Kita Jaga Kita" adalah single kedua daripada album runut bunyi rasmi. Pada mulanya, mereka mendekati Altimet hanya untuk lakonan suara sahaja. Tetapi apabila mereka mencuba nasib dengan bertanya Altimet untuk buatkan lagu, beliau bersetuju untuk berbuat demikian. Lirik lagu ini datang dari perspektif orang-orang Pinggiran Cyberaya.
Ejen Ali The Movie (2019) IndoSUB WEBDL
4/
5
By
Daddy Izz



























































































































Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080