Ejen Ali the Movie 2 (2025) IndoSUB
SINOPSIS
Filem bermula dengan kisah di ibu pejabat MATA di mana Alicia (Ejen IRIS) berjaya menumpaskan penjahat yang ingin mencuri teras-teras kuasa dengan satu kuasa yang aneh tetapi istimewa: IRIS dengan entah bagaimana dapat memaparkan masa depan suatu kejadian kepada Alicia, tetapi kebolehan itu juga melemahkannya sehingga boleh jatuh pitam. Sementara itu, Ejen Ali pula giat menyesuaikan diri dengan SATRIA, suatu sut tempur eksperimental dilengkapi dengan kecerdasan buatan berdasarkan data raya MATA untuk membantu Ali. Walau bagaimanapun, pembangunan SATRIA sudah ketinggalan, dan Dato’ pula semakin hilang sabar. Pada masa sama, Rizwan yang kini bergerak bebas cuba menghapuskan kejahatan daripada Cyberaya bersama dengan rakannya.
Sementara Ali giat mengulang kaji bagi peperiksaan akhirnya, Ali diugut oleh penjahat, Neonimus, seorang bekas pelajar Akademi MATA dengan kemahiran penggodaman yang dibuang akibat masalah disiplin yang berat, dan menyangka bahawa dia dibuang untuk memberi ruang kepada Ejen Ali. Dia mengugut untuk membocorkan maklumat sulit MATA lalu mencabarnya dengan satu cabaran di Terowong Smart Cyberaya. Cabaran itu pula dijadikan oleh MATA sebagai satu platform untuk menguji kebolehan Ejen Ali dengan SATRIA. Ejen Ali dan pasukannya berjaya melepasi cabaran tersebut meskipun beliau tersangkut dalam perangkap Neonimus, tetapi berjaya diselamatkan dengan bayangan masa depan Alicia. Setelah itu, Ejen Ali memantapkan kekuatan mindanya, kelemahan utamanya dalam berserasi dengan SATRIA, dengan bantuan Alicia yang berbakat sebagai seorang murid yang cemerlang.
Sementara itu, MATA diheret ke dalam satu lagi rancangan Neonimus di taman tema Cybertopia. Di sana, Alicia pula yang diperangkap, tetapi latihan minda Ejen Ali berjaya membuahkan hasil lalu menumpaskan Neonimus. Namun begitu, wawasan Alicia membayangkan sesuatu yang tersirat di sebalik Neonimus. Alicia menceritakan bayangannya kepada Ali tentang suatu bencana yang bakal melanda ibu pejabat MATA, tetapi tidak diambil kisah Ali.
Malangnya, bayangan itu menjadi kenyataan. Neonimus sebenarnya ialah kaki kepada adipenjahat Cero yang menyasarkan mereka yang berdendam dengan MATA untuk menjadi tali barutnya. Dengan bantuan Neonimus yang ditahan ke ibu pejabat, Cero berjaya “memasuki” dan melancarkan serangan besar terhadap ibu pejabat MATA dan berjaya mengambil alih keseluruhan sistem MATA sehingga menumpaskan sistem MATA. Lama-kelamaan, Ejen Ali dengan SATRIA-nya berjaya menumpaskan bala Cero, sebelum sedar bahawa dia tanpa sengaja menumbuk kuat Alicia yang dikawal Cero. Bertentang mata, Alicia yang luluh menyuruh Ejen Ali untuk menumpaskan SATRIA dan menghulurkan perkakas IRIS sebelum badannya diambil alih SATRIA yang kini di tangan Cero.
Dengan kebolehan SATRIA, Cero dengan mudah menumpaskan lawan sebelum beralih ke misi utamanya: meletupkan reaktor Cyberaya dengan harapan untuk menyingkirkan elitisme Dato’ yang dilihat mengecutkan diri daripada masalah Cyberaya. Akan tetapi, Ejen Ali berjaya memasukkan dirinya ke dalam dimensi digital SATRIA. Beliau kemudiannya bertarung dengan Cero di sana dengan bantuan rakannya di alam nyata. Lama-kelamaan, Ejen Ali dapat mengekang Cero sehingga Alicia yang diperangkap juga membebaskan dirinya. Bersama-sama, mereka berdua berjaya menumpaskan Cero, tetapi pada akhirnya, Alicia “mengorbankan” dirinya bersama Cero agar Ejen Ali dapat keluar daripada dimensi maya yang meruntuh.
Setelah tamat peperiksaan akhir, Ali datang menziarahi Alicia. Beliau akhirnya sedar daripada pitam, tetapi kini hilang daya ingatan. Ali cuba mencari sesuatu yang dapat memulihkannya tetapi mendapati maklumat tentangnya telah dikunci. Ejen Dayang pula dilucutkan jawatan sebagai ketua Teras Tekno oleh kerana risiko besar SATRIA, sebelum didatangi Rizwan yang inginkan kerjasama Dayang untuk menumpaskan Neonimus.
CAST
- Ida Rahayu Yusoff
- Noorhayati Maslini Omar
- Shafiq Isa
- Azman Zulkiply
Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080