Thanks For Visiting Our Website

Please Share To Your Social Media To Continue Watching

Wednesday, August 3, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episod 13


Ariana meyakinkan Mukhriz bahawa cintanya milik Mukhriz seorang. Dia tak nak Mukhriz fikir yang dirinya benar-benar merampas hak orang. Berbeza dengan Ariana yang sentiasa nak tahu bagaimana sebenarnya perasaan Mukhriz pada Rabiatul Adawiyah. Tapi tak sampai ke manapun, rasa cemburu dah menghantui diri. Ariana takut kehilangan Mukhriz sebab dia tahu dia yang terhegeh-hegeh nak Mukhriz sebelum ini.

Mukhriz bawa Ariana balik rumahnya. Mukhriz ajak Ariana pergi pasar cari bahan-bahan buat laksa sebab dia nak rasa Ariana masak laksa. Padan muka Ariana. Siapa suruh dia cerita sejarah dia masak laksa. Ariana cuba cungkil rahsia Mukhriz, kalau-kalaulah ada wanita yang bertahta di hatinya selepas Rabiatul Adawiyah. Ariana juga cuba bagi ‘hint’ pertemuan pertama mereka dulu.

Tiba-tiba, Mukhriz terima panggilan dari Awina menerusi telefon Shamsul Baharin. Bagaimanapun, panggilan tersebut dijawab oleh Ariana.

Hari itu, Mukhriz pulang agak lewat. Di sebabkan itu dia terus saja ke masjid kerana ada kuliah maghrib di sana. Ariana sakit hati sebab sebelum itu Mukhriz janji nak bawa dia bersama. Ariana tambah bengang bila Mukhriz langsung tidak pedulikannya sejak pulang. Rupanya, Mukhriz ada agenda memujuk yang lebih berkesan.

Selepas tamat cuti kawin, Ariana dan Mukhriz terpaksa berpisah. Mukhriz ke Sabah kerana operasi selama seminggu, manakala Ariana kembali bertugas di Hospital.

Sejak akhir-akhir ini, Ariana resah fikirkan Zakuan yang akan pulang dari England bila-bila masa saja. Dia bimbang Zakuan tiba-tiba muncul depan rumahnya sebab Zakuan jenis yang suka beri kejutan.
Sayangku Kapten Mukhriz Episod 13
4/ 5
By
Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080

Tinggalkan komen dibawah jika ada video bermasalah