Thanks For Visiting Our Website

Please Share To Your Social Media To Continue Watching

Friday, March 18, 2016

Married Tapi Benci Episod 9



Hari pertandingan 'down hill mountain bike' antara kolej tiba. Susana amat meriah dengan himpunan mountain bikers. Perlumbaan kategori kamal dan danial berlangsung. Kali ini kamal sudah bersedia dan ternyata kamal lebih handal dari danial dan memenangi perlumbaan tersebut. Kamal anjurkan small party bersama rakan rakan meraikan kemenangan mereka. Danial juga berada di parti tersebut. Selepas parti , kamal teman rina balik dan kebetulan ibubapa rina tiada di rumah. Rina menjemput kamal masuk. Danial yang sedari tadi mengekori mereka telah memanggil pegawai agama untuk memalukan mereka. Kamal dan rina di frame oleh danial sampai kena tangkap basah. Untuk cover malu kedua keluarga bersetuju mereka di kahwinkan. Rina dan kamal amat terkejut dengan keputusan ibubapa mereka.

Drama baru mengisi slot Lestary berjudul Married Tapi Benci bakal menemui penonton selepas tamatnya drama Cinta Teruna Kimchi. Menampilkan gandingan baru Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Ahmad Idham dibawah produksi AIFA Motion Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 26 Februari 2016, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

JUDUL : MARRIED TAPI BENCI

EPISOD : 13 episod
TARIKH: 26 Februari 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat / 9.00 malam
SIARAN : Lestary TV3
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Cat Farish, Badrul Muhayat, Isyariana Hanarose, Amylia Nastasha, Cyiera Saad , Nor Albaniah, Shamini Malini

WATAK PELAKON

Shafiq Kyle sebagai Kamal
Azira Shafinaz sebagai Rina
Mustaqim Bahadon sebagai Danial
Zalif Sidek sebagai Ady
Isyariana Hanarose sebagai Syiera
Cat Farish sebagai Daddy Joe
Amylia Nastasha sebagai Syiera
Cyiera Saad sebagai Salina

LAGU TEMA / OST MARRIED TAPI BENCI

Lagu : Elok Elok
Artis :Othello feat Cat Farish & Tiga Swagger
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS MARRIED TAPI BENCI

Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Shafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar?



Married Tapi Benci Episod 9
4/ 5
By
Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080

Tinggalkan komen dibawah jika ada video bermasalah